Golongan yang ditakrifkan sebagai aset paling berharga bagi negara kerana mereka yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu.Tapi sejak kebelakangan ni kita selalu mendengar atau terbaca berita atau artikel mengenai masalah sosial yang makin parah,dan salah satu daripada masalah sosial tersebut ialah pembuangan bayi.
Kenapa mereka tergamak melakukan perkara terkutuk?Kerana sifat ingin mengelakkan malu atau aib yang tearamat akibat hinaan masyarakat sekeliling dan mungkin dari keluarga sendiri.Bila difikirkan kembali,sampai bila kita sanggup membiarkan pebuatan membunuh insan suci itu terus berlaku?
Tergamakkah kita menafikan hak insan ini untuk terus hidup???
Setiap insan yang dilahirkan mempunyai hak untuk terus hidup.Tindakan menyelamatkan anak luar nikah yang dilahirkan adalah satu tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan oleh semua pihak. Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama dalam usaha kita membanteras masalah sosial ini dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang.
0 Pengkritik yang setia:
Post a Comment