Evolusi KL Drift 2 Trailer

06 October, 2009

Remaja

Golongan yang ditakrifkan sebagai aset paling berharga bagi negara kerana mereka yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu.Tapi sejak kebelakangan ni kita selalu mendengar atau terbaca berita atau artikel mengenai masalah sosial yang makin parah,dan salah satu daripada masalah sosial tersebut ialah pembuangan bayi.


Kenapa mereka tergamak melakukan perkara terkutuk?Kerana sifat ingin mengelakkan malu atau aib yang tearamat akibat hinaan masyarakat sekeliling dan mungkin dari keluarga sendiri.Bila difikirkan kembali,sampai bila kita sanggup membiarkan pebuatan membunuh insan suci itu terus berlaku?

Tergamakkah kita menafikan hak insan ini untuk terus hidup???

Setiap insan yang dilahirkan mempunyai hak untuk terus hidup.Tindakan menyelamatkan anak luar nikah yang dilahirkan adalah satu tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan oleh semua pihak. Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama dalam usaha kita membanteras masalah sosial ini dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang.

02 October, 2009

Laman Sosial...Fungsi???

Mase aku tengah best chatting ngan membe aku dari sabah nuun,ade la sorang mamat nie perli aku ngan membe2 nie kate die...

"mende la maen myspace,facebook,friendster???buang mase tol!"

"Huh??!"

Die kate buang mase???mase tu memang Pojie angin la...aku rilekkan dier.Kitorang teruskan kerje kitorang.

"Kejap2 tersengih.kejap2 tergelak,macam orang giler aku tengok"

Orang gile??Sape?Kitorang?Bile aku toleh sebelah,Pojie da ilang....Ahhh,masak kitorang.

"Ko nape tak puas ati sangat hah?!!!"

"Apsal ko nie?Gile?"

Kire nak dipendekkan citer,Pojie luku kepale mamat tu sampai die tak larat nak bangun.Kire mamat tu skang aku nak labelkan sebagai anti laman sosial.Kenape jadik camtu?Biasenyer orang yang anti ngan laman sosial nie die cepat putus asa,bile sorang taknak sembang ngan die,die terus angin.

Skarang kiter ceriter pasal fungsi laman sosial nie,fungsi yang paling utama ialah untuk MENCARI KAWAN,oke?Diulangi secara jelas dan terang...MENCARI KAWAN.

Sebenarnye nak nasihatkan mamat tu supaye janagan cepat putus asa untuk mencari kawan oke?Bukan niat Pojie nak kasi 'advice' camtu,kiter ade adat,ade adab,so tanyer la pade orang yang betol2 pandai pasal laman sosial camnie oke?

Dalam tempoh dua minggu nie macam2 bende jadik,gempa bumi,tsunami.Kiter doakan saudara Isalam kiter kat luar sana selamat hendaknyer dan jangan berat nak hulurkan bantuan.

Semalam aku kehilangan jirang tetangga yang paling sempoi pernah aku jumpe,arwah memang cukup baik sepanjang hayatnyer,jadi sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Cik Non(nama penuh arwah aku tak tau sangat) dan kepade ahli keluarge kiter yang telah pergi.




"Disini kita bertemu,
disini jua kita berpisah.
Namun andai disana kita bertemu,
Insya-Allah Kita takkan terpisah"