Evolusi KL Drift 2 Trailer

14 May, 2009

Aku lihat Melayu

Tiada apa yang lebih menggembirakan,
dari melihat bangsaku berdiri megah.
Tiada apa yang lebih menggembirakan,
dari melihat bangsaku mampu bersaing.
Aku lihat Melayu,
sungguh kupasti bukan aku saja yang melihat.
Ingin ku tanya tuan empunya,
risau dikata tidak reti bersyukur tak sedar diri.
Jadi aku diam bersendiri.
Tidak sanggup aku melihat,
membiarkan bunga raya layu.
Dibiarkan saja gugur,
Aku lihat Melayu,
Tanah air ini kita yang punya.
Kita pupuk kita semai,
tapi kita lupa ada buaya.
Merancang masa membaham mangsa,
tiga belas harimau gagah menjadi mangsa.
Kita tahu keturunan nenek moyang kaya raya,
Jangan digadai harta pusaka.
Aku lihat Melayu,
Aku lihat Melayu,
Takkan Melayu Hilang Didunia,
Ya,tapi apa guna jika wujudnya tiada terasa,
petah berbicara kudrat tiada berjasa.
Selalu segan memberi pendapat,
lebih suka mengikut dari memimpin.
Aku lihat Melayu,
Bukan kita tiada otak,
tapi taknak berfikir diluar kotak.
Orang berbudi kita cuma tahu merasa,
Aku lihat Melayu,
Aku lihat Melayu,
Aku sayu,
bunga menagis mendayu,
dia mahu mekar mewangi tapi malu.
Aku hanya mampu merayu,
bangunlah Melayu!
bangunlah Melayu!
Perjuangan kita belum berakhir.
Takkan hilang Melayu didunia,
Takkan hilang Melayu didunia,
Takkan hilang Melayu didunia,
__________________________________
(P/s:Nak uji otak nie,hebat ke tak berpuisi...Puisi nie aku dapat ilham dari lagu Malique-Layu.)

0 Pengkritik yang setia: